Saturday, January 29, 2011

ZIKIR PALING AMPUH UNTUK MENGALAHKAN GANGGUAN SYAITAN



Antara zikir terbaik yang perlu diamalkan perawat bagi mengalahkan syaitan adalah zikir Subhanallah alhamdulillah walailahailallah wallahuakbar.Dengan keyakinan zikir dari sunnah nabi Saw adalah zikir yang terbaik dan telah diamalkan dengan bersungguh-sungguh dan dengan sepenuh hati oleh sahabat-sahabat Rasul saw maka kita perlu mengerti peninggalan dari Rasul saw ini perlu diamalkan semaksimum mungkin dengan ikhlas untuk mendatangkan hasil yang terbaik iaitu akhlak yang mulia sehingga beroleh keredhoan Allah dan kemenangan menghadapi gangguan syaitan.Bukan perawat yang telah mengamalkan zikir ini dengan mantap maka layak untuk menjadi perawat yang ampuh dan digalakkan menghadiri kursus saya pada 5 Disember ini untuk menguasai kaedah rawatan pula.Sesiapa yang belum mantap juga boleh datang kursus kerana zikir ini mudah diamalkan.

Pesakit gangguan sangat digalakkan memperbanyak zikir ini semaksimum mungkin.Mudah-mudahan Allah menambahkan iman kita semua dengan mengamalkan zikir ini dan memudahkan kesembuhan penyakit.Amin.

No comments:

Post a Comment