Saturday, January 29, 2011

SUNNAH N SPORTS PART1



Untuk meningkatkan kembali tahap kesihatan rakyat Malaysia maka kita perlu mengubah persepsi masyarakat supaya kembali aktif bersukan seumur hidup.Bukan seperti amalan masa kini apabila umur telah meningkat tiga puluh tahun lebih maka secara perlahan-lahan rakyat Malaysia meninggalkan aktiviti permainan atau senaman yang agak aktif dilakukan ketika bujang dan masih muda dan bertukar menjadi pasif.Persoalannya benarkah apabila kita semakin meningkat umur maka tidak perlu lagi bersukan dan hanya perlu berulang-alik ke masjid sahaja?Adakah ini yang dituntut oleh Islam?

Ada fakta yang penting untuk diperhatikan:

1)Rasulullah saw menewaskan penggusti terhebat di Mekah ketika umurnya lebih 40 tahun
2)Rasulullah saw aktif berperang di dalam peperangan Badar dan Uhud ketika umurnya lebih lima puluh tahun
3)Rasulullah saw berlumba lari dengan isterinya Aisyah di usia lanjut
4)Rasulullah saw pernah bersama Aisyah menyaksikan permainan tombak/lembing di dalam masjid dll hadis yang banyak menganjurkan tentang memanah,berenang,bermain pedang,menunggang kuda

Sedangkan dalam masyarakat kita sekarang apabila berumur 40 tahun sahaja telah ditimpa dengan pelbagai penyakit .Antaranya sebabnya ialah mengambil persepsi yang salah tentang sukan seolah-olah Islam tidak menggalakkan bersukan .Oleh itu marilah kita bersukan terutamanya sukan yang dianjurkan oleh sunnah sebagai menyahut anjuran Rasulullah saw dan untuk menjaga kesihatan diri dan kecergasan mental. Selain itu,ia juga memantapkan keyakinan
kita sebagai orang Islam yang lebih kuat dan cergas dalam bertindak dan beribadah tidak terganggu oleh berbagai penyakit ketika solat ataupun menunaikan ibadah lain seperti haji dsbgnya.

Oleh itu marilah lebih fokuskan kembali kepada sukan-sukan yang dianjurkan oleh sunnah seperti bergusti,berenang ,memanah dan sebagainya.Sukan-sukan ini selain membina kekuatan fizikal juga melatih otak kita untuk lebih fokus dan lebih tajam.Berbanding sukan lain yang hanya mementingkan wang,nama,pingat sukan yang dianjurkan oleh sunnah Nabi SAW bersifat membina kekuatan ummah.Perhatian juga perlu diberi kepada kaum wanita yang selain menghidap penyakit gangguan oleh jin,juga menghadapi berbagai penyakit fizikal dan yang paling teruknya adalah terlebih gemuk(obesiti) akibat terlampau kurang bersukan.

Penubuhan lebih banyak kompeks sukan Islamik insyaAllah dapat membantu menyelesaikan sebahagian masalah kesihatan umat Islam pada hari ini selain dapat membentuk generasi baru yang lebih sihat dan cemerlang.Ya Allah permudahkanlah urusan-urusan kami.Amin.

No comments:

Post a Comment