Thursday, January 27, 2011

Salam Pengenalan














Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. Tujuan blog ini ditulis adalah untuk berkongsi maklumat mengenai dakwah,perubatan Islam dan sedikit sebanyak tentang hal ehwal semasa.agar golongan yang mencintai quran dan sunnah boleh duduk bersama untuk mempraktikkan kaedah-kaedah sunnah dalam upacara perkahwinan,kematian,kehidupan dan lain-lain secara berjemaah.Ia bukanlah ingin membina jemaah yang agresif,kasar, menggunakan kekerasan dan sebagainya sebaliknya ia mencontohi PAS dengan berdakwah secara aman tetapi lebih kerap turun padang berjumpa dengan masyarakat,lebih sopan santun dan berakhlak mulia.

Dengan ini sebahagian masyarakat yang mengetahui sunnah boleh mempraktikkannya secara berjemaah dan lebih tersusun.Ia juga ingin menukar masyarakat yang pasif kepada masyarakat yang berani berdakwah dan komited kepada quran dan sunnah.Masyarakat yang berani turun padang untuk berdakwah ini diharap dapat membantu mengurangkan masalah rakyat negara Malaysia ini..

Ia juga adalah sebagai alternatif kepada jemaah sedia,tidak terlibat dengan politik tetapi adalah diharap untuk membantu PAS dan menasihati PAS dengan hikmah dari luar.Bukanlah niat saya untuk menjadi pemimpin kepada mana-mana jemaah tetapi jika dakwah tidak dibuat dengan lebih sistematik dan teratur dan tidak sesuai dengan citarasa masyarakat tempatan maka adalah sukar untuk kita mengurangkan masalah sosial yang memeningkan kepala dan membentuk masyarakat yang lebih berakal.Tujuan utama blog ini adalah untuk melahirkan jemaah yang terbaik akhlak dan sumbangan kepada masyarakat dengan memberikan idea-idea yang diharap dapat dipraktikkan.

Saya sendiri bukanlah pakar quran dan hadis tetapi kita boleh mengelakkan anak luar nikah mencapai angka lima ratus ribu jika kita bertindak.Begitu juga dengan masalah lain.Tidak perlu menunggu kemenangan pilihanraya jemaah dakwah mesti dibina dan fokus untuk memperbaiki masalah umat dan perlu sentiasa ada sebagai penasihat kepada seluruh umat di negara ini dan dunia.

No comments:

Post a Comment