Thursday, January 27, 2011

KENIKMATAN YANG PALING NIKMAT


Anda berjalan-jalan di satu jalan yang biasa dilalui. Terlihat seorang pemuda dengan teman wanitanya bercanda,melupakan dunia dan sekelilingnya. Anda menegurnya dengan baik. Meminta izin untuk bercakap sebentar dan terus memberikan nasihat dari hati sanubari yang ikhlas.Si pemuda merengkus,''hoi,ustaz tak payah nak dakwahlah,aku fikir kau nak cerita apa??! dan bersama teman wanitanya terus pergi dari situ.

Di kali yang lain anda terserempak lagi pemuda itu dan cuba lagi mendakwahnya.Berterusan begitu ,berbulan-bulan malah tanpa disedari telah mencecah lebih tiga tahun .Anda telah menahan bermacam-macam kata makiannya,sindirannya ,herdikannya dan alasan lain tetapi tiba-tiba di satu hari, anda lihat pemuda itu bersama dengan tiga rakannya yang lain berpakaian biasa seperti anda tanpa kopiah sedang mendakwah sekumpulan pemuda bermotosikal. Mereka kelihatan begitu bersemangat dan berani. Setelah selesai mereka kelihatan pergi ke kedai di jalan biasa yang anda lalui dan membuka kedai untuk berniaga pula.

Teman wanitanya yang kini menjadi isterinya pula aktif berdakwah berjumpa mashasiswi dan pelajar perempuan sekolah menengah secara individu dan berkumpulan.Niat mereka sama kembalilah kepada alquran dan hadis sepenuhnya dan tinggalkan bidaah tahlil banyak makan yang telah menyebabkan generasi tua secara keseluruhannya lemah ditimpa bermacam penyakit dan generasi muda seperti mereka terabai tanpa bimbingan ,tanpa didakwah dengan baik kerana masing-masing sibuk dengan kenduri, majlis zikir dan zawiahnya.Mereka pergi ke tempat generasi muda melepak kerana mereka tahu tanpa dipanggil dan tanpa menanggung risiko generasi muda tidak akan datang memenuhi masjid.

Ya Allah.Inilah upahku.Jika generasi muda kembali kepada alquran dan sunnah dan berani berdakwah di tempat maksiat dan lain-lain secara berkumpulan atau individu mengikut kesesuaian keadaan,memadailah.

No comments:

Post a Comment