Saturday, January 29, 2011

SUNNAH N SPORTS PART1



Untuk meningkatkan kembali tahap kesihatan rakyat Malaysia maka kita perlu mengubah persepsi masyarakat supaya kembali aktif bersukan seumur hidup.Bukan seperti amalan masa kini apabila umur telah meningkat tiga puluh tahun lebih maka secara perlahan-lahan rakyat Malaysia meninggalkan aktiviti permainan atau senaman yang agak aktif dilakukan ketika bujang dan masih muda dan bertukar menjadi pasif.Persoalannya benarkah apabila kita semakin meningkat umur maka tidak perlu lagi bersukan dan hanya perlu berulang-alik ke masjid sahaja?Adakah ini yang dituntut oleh Islam?

Ada fakta yang penting untuk diperhatikan:

1)Rasulullah saw menewaskan penggusti terhebat di Mekah ketika umurnya lebih 40 tahun
2)Rasulullah saw aktif berperang di dalam peperangan Badar dan Uhud ketika umurnya lebih lima puluh tahun
3)Rasulullah saw berlumba lari dengan isterinya Aisyah di usia lanjut
4)Rasulullah saw pernah bersama Aisyah menyaksikan permainan tombak/lembing di dalam masjid dll hadis yang banyak menganjurkan tentang memanah,berenang,bermain pedang,menunggang kuda

Sedangkan dalam masyarakat kita sekarang apabila berumur 40 tahun sahaja telah ditimpa dengan pelbagai penyakit .Antaranya sebabnya ialah mengambil persepsi yang salah tentang sukan seolah-olah Islam tidak menggalakkan bersukan .Oleh itu marilah kita bersukan terutamanya sukan yang dianjurkan oleh sunnah sebagai menyahut anjuran Rasulullah saw dan untuk menjaga kesihatan diri dan kecergasan mental. Selain itu,ia juga memantapkan keyakinan
kita sebagai orang Islam yang lebih kuat dan cergas dalam bertindak dan beribadah tidak terganggu oleh berbagai penyakit ketika solat ataupun menunaikan ibadah lain seperti haji dsbgnya.

Oleh itu marilah lebih fokuskan kembali kepada sukan-sukan yang dianjurkan oleh sunnah seperti bergusti,berenang ,memanah dan sebagainya.Sukan-sukan ini selain membina kekuatan fizikal juga melatih otak kita untuk lebih fokus dan lebih tajam.Berbanding sukan lain yang hanya mementingkan wang,nama,pingat sukan yang dianjurkan oleh sunnah Nabi SAW bersifat membina kekuatan ummah.Perhatian juga perlu diberi kepada kaum wanita yang selain menghidap penyakit gangguan oleh jin,juga menghadapi berbagai penyakit fizikal dan yang paling teruknya adalah terlebih gemuk(obesiti) akibat terlampau kurang bersukan.

Penubuhan lebih banyak kompeks sukan Islamik insyaAllah dapat membantu menyelesaikan sebahagian masalah kesihatan umat Islam pada hari ini selain dapat membentuk generasi baru yang lebih sihat dan cemerlang.Ya Allah permudahkanlah urusan-urusan kami.Amin.

APAKAH YANG SAYA DAPAT DARI KURSUS INI????



1) Menggunakan kaedah refleksologi untuk mengesan gangguan jin
2)Kaedah mudah merawat kes silat batin dan ilmu salah
3)Memperbetulkan tanggapan terhadap saka dan kaedah mudah mengatasinya
4)Kaedah mudah merawat santau
5)Kedah mudah menghadapi gangguan ganas
6)Kaedah mudah merawat busung dan semua jenis sihir penyakit,sihir pemisah(tafriq)
7)Kaedah mudah memagar kedai,rumah,kilang dan sekolah
8)Kursus tidak bersiri,merangkumi tahap asas,pertengahan dan perawat advance
9)Tidak bersifat teori sahaja tetapi benar-benar ingin melatih supaya peserta boleh menjadi perawat dan selamat dari serangan balas bomoh/jin kerana benar-benar mengikut kaedah Quran dan sunnah

POIN BEKAM UNTUK KEBANYAKAN MASALAH UTAMA KEPALA


(a)Poin ini adalah salah satu poin bekam sunnah nabi saw.Ia adalah poin utama dalam merawat kes-kes berat seperti darah tinggi,migrain,sihir,santau,semua gangguan jin,lumpuh,stroke dan semua penyakit utama berkaitan kepala













(b)Manakala poin ini digunakan terutamanya untuk menghilangkan penyakit banyak tidur.Bagi kesembuhan penyakit-penyakit berat poin ini kurang berkesan.Oleh itu pesakit disarankan mengikut poin bekam (a)di atas bagi kesembuhan maksimum

POLIGAMI Part 2


Memandangkan poligami adalah satu amalan sunnah,maka sukacitanya saya memberikan beberapa idea bagi menyelesaikan populasi wanita yang semakin bertambah dan dalam masa yang sama agak sukar untuk mencari jodoh di Malaysia sekarang ini.Bagi lelaki yang sudah berkahwin dan berkemampuan untuk berkahwin satu lagi,dalam masa yang sama mendapat tentangan dari isteri pertama,anda boleh meneruskan poligami dengan nikah di sempadan SIAM secara SAH bagi mengelakkan terjadinya zina dan pelbagai masalah sosial lagi.Disini saya akan letakkan laman web untuk para pembaca/bakal poligami supaya mendapat info sedikit sebanyak tentang kaedah nikah di SIAM secara sah dan mengikut protokol undang-undang islam Malaysia.

Sila klik NIKAH SIAM SECARA SAH

KEBAIKAN KURSUS ANJURAN KAMI DAN PERBEZAAN DENGAN LAIN-LAIN KURSUS/SEMINAR

1.Satu kursus yang lengkap dan menyeluruh dari segi rawatan gangguan jin.Kaum wanita yang mengikuti kursus ini dapat ilmu yang mencukupi untuk merawat diri sendiri atau saudara mara.Jika ingin membuka pusat rawatan sendiri pun boleh,tiada halangan.

2.Tidak perlu ijazah.ada dalil ke?Benarkah tanpa ijazah kamu tidak boleh merawat?Bagaimana kalau ijazah dieksploitasi untuk mendapat lebih banyak fulus?Apa hukumnya?

3.Tidak bersiri.Kami tidak mahu memakan duit kamu dengan menjadikan kursus rawatan ini bersiri-siri seperti orang lain yang berselindung di sebalik serban dan sufi.Jangan eksploitasi kejahilan umat dan orang yang menderita disihir.

4.Mementingkan praktikal rawatan.Seribu teori dan kaedah terhebat yang canggih belum tentu boleh menyembuhkan penyakit kerana tiada jaminan kesembuhan dari Allah dan Rasul saw.Kaedah kami ada jaminan kesembuhan dari hadis-hadis Rasul Saw.

5.Membolehkan kamu merawat dengan kaedah yang telus dan dapat rezeki halal serta mempercepatkan proses kesembuhan penyakit.Kaedah yang berkesan dalam kesembuhan akan menyebabkan lebih ramai pesakit datang kepada kamu.Tidak perlu pendapatan sampingan menjadi perawat dengan menjual batu serai yang tidak berfaedah tetapi menambah khurafat dalam masyarakat.

SEDIKIT MAKLUMAT TENTANG US HANAFIAH

1)Mendapat ijazah perubatan dari Darussyifa Bangi pada tahun 2003 batch yang ke15

2) pernah melakukan praktikal dengan menjadi pembantu perawat senior di Darussyifa hampir setiap hujung minggu pada 2004

3)Pernah membantu Us. Mokhtar Kassan merawat pesakit santau di rumahnya di Kajang Utama selama lebih 6 bulan pada 2004

4)Pernah mempelajari kaedah sembelih jin,masuk jin dalam botol,tenaga dalam dan beberapa kaedah lain yang tidak sunnah dan kurang efektif

5)Menggunakan kombinasi kaedah-kaedah Quran dan sunnah semaksima mungkin untuk kesembuhan maksimum dan secepat mungkin dan kaedah tiada fitnah dan keraguan

PETUA MENGETATKAN ALAT SULIT WANITA

Photobucket


Beli beberapa bungkus manjakani dari kedai/pasar/Giant dan ambil 3biji manjakani rebus bersama 2 gelas air 15 min.Bacakan al fatehah 33x dan tiup 10 saat pada air rebusan itu,lalu minum air rebusan tadi dimulai Bismillah dan Selawat 1x.Amalkan minum seminggu sekali,insyaAllah otot organ peranakan akan makin ketat dan disayangi suami anda.Selamat mencuba